1 Malaysia Lucky Draw Contest

1 Malaysia Lucky Draw Contest
Memenangi INSPIRA !!!!

24.6.11

Tiramisu Sempoi - chilled



hari ni nak kongsi cara wat tiramisu pulak.. tapi ni resipi sempoi je.. tak de la bahan pelik2 mcm resipi omputih tu... tak de masak2.. just masuk peti bagi beku... hias n makan.. resipinya gini....



bahan2nya:

250gm cream cheese (sy guna brand tatura je - murah sikit)
200ml whip cream
150gm gula halus (kalau nak manis, blh tambah lagi)
1 cawan kopi kaw pekat melekat (blh gak kalau nak guna instant coffee)
1 sudu teh esen vanilla (tak de lam gambar, maksudnya lupa nak letak)
1 paket biskut ladyfinger (blh gak guna sponge cake)
sedikit serbuk koko (untuk hiasan)

cara2nya:

1.
cream cheese, gula n whip cream
(n esen vanilla yg sy lupa tu) masuk dlm mangkuk



2.
putar sampai sebati



3.
gini le rupanya lbh krg..
dah siap, ketepikan dahulu



4.
sediakan loyang, alas dgn plastic wrap
(supaya senang nak kuarkan nanti).

susun 1 lapisan biskut ladyfinger dalam loyang,
semaksimum mungkin
( kalau guna loyang empat segi lg senang nak susun).

curahkan/sudukan air kopi di atas biskut,
sekadar membasahkannya sahaja



5.
tuangkan separuh dari adunan cream cheese td,
menutupi keseluruhan biskut



6.
susun pulak biskut di atas adunan cheese.
selain dari cara sudukan air kopi ke atas biskut,
boleh juga rendamkan biskut didalam air kopi,
tapi make sure sekadar membasahkan biskut,
bukan rendam sampai biskut jd lembik



7.
dah siap susun biskut



8.
tuang lebihan adunan cream cheese n ratakan



9.
tutup bahagian atas loyang dengan plastik wrap,
utk elak air menitik dalam aduanan



10.
masukkan dalam frezeer,
bekukan paling sekejap pun 1 jam.
sehari semalam pun boleh,
atau keluarkan bila masa nak hidangkan



11.
keluarkan dari loyang,
taburkan dengan sedikit
serbuk koko di atasnya
n hiaslah ikut kretiviti anda
(saya hias sempoi je)



12.
gini le rupanya bila dah potong. sedap dimakan sejuk2


(pssst.. perasan tak biskut sy terlebih basah.. patutnya boh sikit je air kopi tu, tapi sy suka kopi n nak byk rasa kopinya.. sy ltk le lbh.. gitu le jadinya.. terlebih sudah.. jgn ckp kat org tau..)


notes:
kalau nak gantikan biskut ladyfinger dengan sponge cake/buttercake pun boleh juga. lagi senang kalau beli sponge cake yg dah siap tu, belahkan dua ( utk buat 2 lapisan), then ikut step2 sama seperti di atas.. selamat mencuba


1 comment:

  1. sapa yg dah try nanti, bg le komen kat sini.. sedap ke tak sedap ke..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...