1 Malaysia Lucky Draw Contest

1 Malaysia Lucky Draw Contest
Memenangi INSPIRA !!!!

24.1.11

Kongsi Resipi


Hari ni sy nak kongsi resipi pai ayam yg sy buat sempena hari lahir sy sendiri 3 hari lepas.. alkisahnya konon dah muak nak makan kek bday.. so try wat pai pulak.. sendiri buat sendiri makan..


Fusion Chicken Mushroom Pie



Pastry: (cilok dari allrecipes.com)

2 cawan tepung gandum

1 st gula halus

¼ st garam

1 st baking powder

1 cawan mentega/margerin

1/3 cawan air sejuk

1 biji kuning telur

1 st esen vanilla

1 st cuka masakan

Inti:

300gm isi ayam – dipotong dadu kecil2

1 ulas bawang besar – dipotong dadu

50gm udang kering – rendam n blen kasar

1 biji kentang – dipotong dadu

6-8 biji cendawan kering – rendam n hiris nipis

5-7 biji cendawan butang – potong nipis

1 biji cili merah – dipotong bulat

5 biji cili padi – potong bulat (kalau nak pedas, blh tambah lagi)

1 pokok daun sup – dipotong halus

2 biji putih telur (optional, tanak letak pun tak pe, tapi sayang kalau buang je)

Sedikit Mix Italian Herbs

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Lada sulah

1 biji kuning telur utk hiasan

Cara:

Inti:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan isi ayam dan goreng hingga masak.
  2. Masukkan udang kering dan ubi kentang. Gaul rata. Tunggu sehingga ubi kentang empuk, baru masukkan kedua jenis cendawan, cili merah n cili padi.
  3. Tambahkan mix italian herbs, garam dan lada sulah.
  4. Masakkan hingga rata dan sebati.
  5. Setelah masak, toskan semua inti ini di dalam penapis untuk membuang lebihan minyak.
  6. Kemudian masukkan daun sup dan putih telur. Inti telah sedia untuk dibakar bersama pastry.

Pastry:

  1. Dalam 1 mangkuk sederhana besar, satukan tepung, gula, baking powder & garam. Masukkan mentega sedikit demi sedikit, sehingga adunan seakan serbuk roti.
  2. Dalam 1 mangkuk berasingan, kacau bersama air sejuk, kuning telur, vanilla & cuka. Masukkan ke dalam adunan tepung tadi dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Biarkan sekejap (~ 15 minit) sebelum mencanai.
  4. Sediakan loyang pie (7 in). Lanserkan dengan sedikit mentega n taburkan dengan tepung. panaskan oven 170 darjah celcius.
  5. Canaikan 2/3 dari doh hingga setebal ¼ inci. Masukkan ke dalam loyang pie, ratakan pada dasar n dinding loyang. Cucuk bahagian dasar adunan dengan garpu untuk kurangkan udara terkumpul.
  6. Letakkan kekacang beralas aluminium foil di atas pastry untuk dijadikan pemberat sebelum dimasukkan ke dalam oven. Bakar pastry dalam 15 minute atau hingga separuh masak.
  7. Canai nipis lebihan doh tadi dan potong memanjang menjadi jalur.
  8. Masukkan inti yang telah siap tadi ke dalam loyang pie dan hiaskan dengan jaluran lebihan doh ( buat dalam bentuk anyaman atau ikut kretiviti masing2). Sapukan dengan kuning telur.
  9. Bakar 15-20 minit atau sehingga masak.
  10. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba..

Pai lepas disapu kuning telur

terover pulak masak, sampai kuning telur dah tak cantik.. huhuhu..





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...