1 Malaysia Lucky Draw Contest

1 Malaysia Lucky Draw Contest
Memenangi INSPIRA !!!!

14.5.09

Tips

Ni bukan tips yang tip-top tapi just tip2 biasa membuat kek..


Telur hendaklah dicuci luarannya dari segala kekotoran sebelum digunakan dalam membuat kek. jika menyimpan telur di dalam peti sejuk, keluarkan telur tersebut terlebih dahulu supaya telur berada dalam suhu bilik semasa membuat kek. (kecuali memang dinyatakan dalam resipi memerlukan telur sejuk seperti dalam resipi kek lapis terutamanya)




Butter / mentega juga perlu dikeluarkan dari peti sejuk dan dibiarkan pada suhu bilik untuk memudahkan memukul mentega semasa membuat kek. sesetengah resipi memerlukan mentega ini dicairkan di dalam periuk..



Biasanya saya menggunakan lidi satay yang diraut halus di hujungnya untuk menguji samada kek telah cukup masak atau tidak


.

bagi Pek Tepung Kek Masam Manis, ada disediakan sekali manisan hawflake/keranji. untuk mendapat hasil kek yg lebih menarik, adalah digalakkan untuk memotong manisan ini nipis memanjang seperti tertera di gambar di atas.



untuk mengukus kek pula.. jangan lupa untuk menutup atas acuan dengan aluminium foil bagi mengelakkan air kukusan dari menitis ke dalam kek yang mana boleh men'cacat' kan kek itu nanti...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...